LUNAS, 23 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita dua buah van menerusi Ops Teknikal di Plaza Tol Lunas, Kulim, Kedah.
Pengarah JPJ Kedah Stien Van Lutam berkata, kedua-dua van tersebut disita atas kesalahan penyalahgunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan LKM tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.
"Dua buah lori turut ditimbang mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010," kata Stien Van Lutam menerusi kenyataan.
Dalam operasi yang disertai seramai 15 anggota dan pegawai JPJ itu, sebanyak 92 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
"Antaranya, kesalahan berkaitan lesen memandu, lesen kenderaan motor dan kesalahan teknikal seperti nombor pendaftaran serta lain-lain kesalahan," katanya lagi.
Tegas Stien Van Lutam, tindakan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya dan keselamatan pengguna.
Ops Teknikal: Dua van disita di Plaza Tol Lunas
