fb fb fb fb fb

Op Pintas Mega: Remaja 16 tahun antara warga asing yang diselamatkan

PARIT BUNTAR, 18 Julai- Seorang remaja 16 tahun antara 48 pekerja warga asing yang diselamatkan dalam Op Pintas Mega ATIPSOM di Simpang Lima, Parit Buntar.
 
Serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Kontinjen Perak dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perak itu dijalankan di sebuah kilang memproses bahan kitar semula.
 
Kesemua ditahan terdiri daripada 44 warga Myanmar dan empat China berumur antara 20 hingga 40 tahun.

Mereka didapati melakukan kesalahan tinggal lebih masa, tiada dokumen perjalanan yang sah serta salah guna pas lawatan sosial.
 
Pengarah JTK Negeri Perak, Muhamad Fauzi Abd Ghani berkata dalam operasi itu pihaknya turut mengesan beberapa kesalahan di bawah Akta Kerja 1955 dan Akta 446.
 
"Kesalahan berikutnya di bawah peraturan 41c dan juga 41b. majikan gagal menyediakan almari berkunci dan juga gagal menyediakan tilam mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan di bawah seksyen 24 majikan melakukan potongan tidak sah di bawah Akta Kerja 1955 tiada potongan permit dipohon daripada JTK di bawah Seksyen 25 atas kerja majikan membuat bayar gaji secara tunai dan di bawah seksyen 59 Akta Kerja Jam bekerja melebihi 45 jam seminggu", katanya katanya ketika ditemui selepas menyertai operasi berkenaan.

Kesemua mangsa kemudian di bawah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 14 ATIPSOM 2007.

Selain itu, siasatan turut di buat mengikut Seksyen 6(1), Seksyen 15(1) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD