KEPALA BATAS, 14 Februari- Seorang lelaki warga tempatan yang juga orang kena tahan (OKT) dilaporkan meninggal dunia di lokap tahanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) di Kepala Batas, semalam.
Ketua Polis Daerah IPD SPU, ACP Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya telah mengambil tindakan dengan memaklumkan penyelia kanan dan menghubungi talian kecemasan untuk dapatkan bantuan.
Setibanya di Klinik Kesihatan Kepala Batas, pihak klinik mengesahkan OKT tersebut telah meniggal dunia.
Menurutnya, hasil bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Kepala Batas mendapati punca kematian adalah disebabkan oleh radang peritoneum di mana terdapat 'ulcer' yang pecah di dalam perut OKT dan tiada kesan unsur jenayah.
Kes diklasifikasikan sebaga kematian mengejut.
Terdahulu, lelaki berusia 41 tahun itu itu ditahan bersama tiga rakannya di Sungai Dua berkaitan kes dadah Seksyen 39 (A) (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, pada 8 Februari lepas dan sedang direman hingga 16 Februari ini, namun pada Isnin lepas dia memaklumkan mengalami sakit di bahagian perut.