fb fb fb fb fb

Mengamuk di lebuh raya, sebutan semula kes ditetapkan 14 Julai

KUALA KANGSAR, 17 Jun- Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menetapkan 14 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang penganggur mengamuk di Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, Ahad lalu. 

Ia selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nur Asmaniza Mohammad memohon supaya tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan di Ulu Kinta, Ipoh mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah selepas pemerhatian mendapati tertuduh berkelakuan tidak waras sepanjang tempoh tahanan reman.

Tertuduh, Zainordin Mohamed, 36 tahun, didakwa atas tiga pertuduhan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan menendang cermin sisi sebelah kanan sebuah kereta di lebuh raya berkenaan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memberhentikan kenderaan dipandunya di lorong kanan dalam kedudukan yang mungkin menyebabkan halangan kepada pengguna jalan lain manakala untuk pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memasukkan dadah berbahaya THC ke dalam badan sendiri.

(Foto fail)

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku salah atas kesemua pertuduhan tersebut.

Berita berkaitan
Polis tahan lelaki mengamuk di Lebuhraya Utara Selatan

 

Media Baharu