fb fb fb fb fb

Memorandum bantahan: Johor teliti sebelum hantar ke MOT

JOHOR BAHRU, 23 Oktober - Kerajaan negeri Johor akan meneliti dan memperhalusi memorandum bantahan yang diserahkan kira-kira 1,500 ahli Persatuan Pengusaha Kecil Kenderaan Perdagangan Negeri Johor sebelum dihantar kepada Kementerian Pengangkutan.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pihaknya akan meneliti cadangan berkenaan dalam minggu ini dan berharap perkara itu dapat diselesaikan segera

"Saya kena perhalusi dahulu nilai tambah yang boleh kerajaan negeri Johor tambah dalam permohonan ini sebelum dihantar ke MOT.

"Alhamdulillah, sekarang hubungan baik kerajaan negeri Johor dan kerajaan Persekutuan mesra. Saya rasa mungkin ada jalan penyelesaian untuk isu-isu ini", kata Mohamad Fazli yang ditemui pemberita selepas menerima memorandum bantahan yang daripada Persatuan Pengusaha Kecil Kenderaan Perdagangan Negeri Johor Darul Ta’zim di Bangunan Dato Abdul Rahman Andak, Iskandar Puteri di sini.

Selasa lalu, pemandu lori di beberapa negeri berhimpun pada sebagai tanda bantahan terhadap tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita berpuluh-puluh lori lebih muatan.

Antara isu dibangkitkan termasuk nilai Berat Dengan Muatan (BDM), kadar sewa kenderaan perdagangan rendah serta operasi penguatkuasaan undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang dikenakan terhadap mereka.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD