fb fb fb fb fb

Mayat lelaki mangsa bunuh ditemukan dalam semak

Foto Hiasan

PORT DICKSON, 21 April - Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di dalam semak berdekatan pondok bas di tepi jalan KM 10 Jalan Seremban-Port Dickson semalam (Sabtu).

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada orang awam berkaitan penemuan mayat lelaki berusia 41 tahun itu pada pukul 9.20 pagi.

Mayat terbabit dijumpai dalam keadaan terbaring dan lengkap berpakaian

Pemeriksaan pada badan mangsa menemukan kesan kecederaan dan disyaki dibunuh menggunakan senjata tajam.

Hasil bedah siasat menemukan kesan tetakan pada bahagian tepi leher dan kepala mangsa serta punca kematiannya disebabkan luka kelar di leher.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan diminta salur kepada polis di nombor tertera atau mana-mana balai berdekatan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD