fb fb fb fb fb

Guru wanita ditumbuk rakan sekerja lelaki

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan/ Foto RTM

KEMAMAN, 21 April- Seorang guru wanita lebam di mata kiri selepas disyaki ditumbuk seorang guru lelaki di kawasan berhampiran kantin sebuah sekolah di daerah Kemaman pagi tadi.
 
Mangsa yang berusia 32 tahun merupakan guru subjek Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata mangsa mendakwa turut disepak suspek yang berusia 49 tahun yang juga guru di sekolah berkenaan.
 
Menurut Hanyan, insiden tersebut dikatakan berlaku di kawasan kantin sekolah dan difahamkan terdapat perkara berbangkit di antara kedua guru itu.

Superintenden Hanyan berkata, guru lelaki terbabit kemudiannya dikatakan bertindak menumbuk bahagian mata guru wanita berkenaan dan menyebabkan mata mangsa lebam.
 
Bagaimanapun punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan pihak polis.
 
Guru lelaki terbabit dipercayai telah melarikan diri dan pihak polis kini sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Superintenden Hanyan berkata, guru lelaki terbabit kemudiannya dikatakan bertindak menumbuk bahagian mata guru wanita berkenaan menyebabkan mata mangsa lebam.
 
Bagaimanapun punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan pihak polis.
 
Guru lelaki terbabit dipercayai telah melarikan diri dan pihak polis kini sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD