IPOH, 14 Mei- Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan 30 hari bermula 4 November depan untuk perbicaraan kes bunuh pelajar sekolah menengah membabitkan Pegawai Kanan Polis, Mohd Nazri Abdul Razak.
Hakim Datuk Bhupindar Singh menetapkan tarikh perbicaraan bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
Mahkamah turut menetapkan 1 Julai depan untuk serahan dokumen.
Terdahulu, Nazri 44 tahun, diwakili peguam Jacky Loi Yap Loong minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan semula terhadapnya.
Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz, pula memaklumkan bahawa pihak pendakwaan akan memanggil 60 saksi dalam perbicaraan tersebut.
Mengikut pertuduhan, tertuduh Mohd Nazri Abdul Razak, 44 tahun, didakwa melakukan bunuh sehingga menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17 tahun.
Perbuatan tersebut dilakukan pada 15 Disember 2023 antara pukul 12.05 hingga 12.40 tengahari di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati dalam daerah Kinta, Perak.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.
ARTIKEL BERKAITAN
Kes pegawai kanan Polis bunuh pelajar dipindah ke Mahkamah Tinggi
Dokumen kes babitkan pegawai polis didakwa bunuh pelajar belum lengkap
Pegawai kanan polis didakwa di mahkamah atas tuduhan bunuh pelajar sekolah
Abang Muhammad Zaharif gagal tahan sebak
Keluarga Zaharif lantik peguam, pastikan siasatan telus
Abang Muhammad Zaharif gagal tahan sebak