fb fb fb fb fb

Mahkamah tetapkan 30 Jun, tarikh sebutan semula kes Hafizul Hawari

KOTA BHARU, 23 Mei- Mahkamah Sesyen Kota Bharu menetapkan 30 Jun depan untuk sebutan semula kes pengurus syarikat agensi pelancongan, Hafizul Hawari yang berdepan tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata pada 15 April lalu.

Keputusan itu ditetapkan Hakim, Nik Habri Muhamad selepas pihak pendakwaan selesai menyerahkan dokumen untuk penelitian pihak pembelaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohammad Shafiq Mohammad Lazim.

Mohammad Shafiq berkata prosiding hari ini hanya melibatkan penyerahan dokumen sebelum tarikh sebutan semula yang ditetapkan pada 30 Jun depan.

Katanya, tertuduh kini berada di Penjara Sungai Buloh, Selangor kerana menghadapi kes di Mahkamah Sesyen Sepang dan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Media sebelum ini melaporkan, Hafizul didakwa di Mahkamah Sesyen pada 24 Aril lalu atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, peluru dan mercun.

Tertuduh bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas semua pertuduhan yang dibacakan.

Hafizul yang sebelum ini melepaskan melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ditahan polis di Jalan Bayam, Kota Bharu, pada 15 April.

aidan