BUKIT KAYU HITAM, 3 November- KPDN Kedah terus mengadakan operasi bagi membenteras penyeludupan barang kawalan minyak diesel.
Semalam, lori tangki bernombor pendaftaran Thailand yang dipercayai cuba menyeludup diesel dikesan di sebuah stor di kawasan perindustrian, Bukit Kayu Hitam.
Turut ditahan pemandu lori dan seorang penjaga stor berkenaan.
Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini kanth berkata pihaknya bertindak menyita lori tangki itu yang berisi 40,000 ribu liter diesel yang bernilai dianggarkan RM142,705.
Menurutnya, sindiket tersebut dipercayai memindahkan diesel ke lori tangki bagi memudahkan urusan rentas sempadan negara.
Siasatan dijalankan bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan sekiranya disabitkan dengan kesalahan di bawah akta yang sama boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.