JOHOR BAHRU, 3 November- Lima lelaki ditahan polis selepas terlibat menyeludup rokok tidak bercukai di Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru, Johor semalam.
Mereka merupakan warga tempatan berusia 21 tahun hingga 39 tahun, dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu khusus pada musim perayaan dan dipasarkan di sekitar kawasan Johor Bahru.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Lim Jit Huey berkata, siasatan awal mendapati sebuah stor kilang dijadikan tempat penyimpanan dan transit rokok tidak bercukai itu.
Hasil serbuan, merampas 5,100 karton rokok dengan nilai rampasan RM51,000.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967.