fb fb fb fb fb

Polis Terengganu rampas lebih 226 kilogram dadah sejak Januari

Foto Bernama

KUALA TERENGGANU, 2 November - Polis Terengganu berjaya merampas lebih 226 kilogram dan 2,158 liter dadah pelbagai jenis melalui operasi besar-besaran sejak Januari sehingga Oktober tahun ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazli Mazlan berkata daripada jumlah tersebut, 739 kertas siasatan telah dibuka.

"Untuk pil yaba 21,505.32 gram, syabu 23578.10 gram, heroin 4327.61 gram, ganja 562.9 gram, pil eramin lima 621.38 gram, air ketum 896.33 liter, daun ketum 43.85 kg, ubat batuk 63.98 liter yang mana pelupusan ini merangkumi sebanyak 6,260 kg dan juga 18560.30 liter," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Serahan Barangan Kes Narkotik Bagi Program Pelupusan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini.

Tambah Mazli, hampir 95 kilogram pelbagai jenis dadah bernilai RM6.2 juta telah dilupuskan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN