MARANG, 2 November- Peniaga direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita warga emas di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu, Kuala Berang semalam.
Turut direman suami suspek, berusia 37 tahun, yang bekerja sebagai mekanik.
Perintah tahanan reman terhadap suspek itu dikeluarkan Majistret Zur Azureen Zainalkefli bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan.
Terdahulu, dua suspek yang berpakaian lokap tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Marang pukul 10 pagi.
Media semalam melaporkan seorang peniaga wanita ditemukan mati dengan 15 kesan tikaman di bahagian badan di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu, Kuala Berang.
Mayat berusia 65 tahun ditemui pengawal keselamatan di dalam longkang di kawasan berkenaan pada 4.35 pagi.
Motif kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puas hati pembahagian hasil keuntungan jualan.