fb fb fb fb fb

Lima pelajar terlibat kes pukul, dibebaskan dengan jaminan polis

Foto hiasan

IPOH, 29 Julai- Lima pelajar berusia antara 16 dan 17 tahun ditahan kira-kira pukul 11.00 pagi tadi selepas dipercayai memukul seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Ipoh, minggu lalu. 

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa pada 24 Julai lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dalam satu kenyataan berkata, mangsa cedera di beberapa bahagian badan selepas dipukul oleh pelajar tingkatan 4 dan 5. 

"Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh sebagai pesakit luar.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan mengesan suspek lain yang terlibat," katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 147 kanun keseksaan atas kesalahan merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun lima suspek yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI