fb fb fb fb fb

Lima lelaki dicekup polis gara-gara merusuh di Kluang

KLUANG, 10 November - Lima lelaki dicekup polis dipercayai terlibat dalam insiden merusuh di sebuah kedai makan di Jalan Bunga Raya, Layang-Layang pada Isnin lalu.

Kesemua suspek berumur 18 hingga 20 tahun ditahan antara pukul 2 petang, Selasa hingga 1 pagi pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kelima-lima lelaki warga tempatan itu ditahan di lima lokasi berasingan di sekitar daerah itu dan Johor Bahru.

Beliau berkata, hasil saringan air kencing dua suspek mempunyai rekod bersabit kes jenayah, manakala saringan ujian air kencing terhadap kesemua mereka didapati negatif.

“Mereka direman selama empat hari bermula Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bahrin berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang melalui talian 07-778 4222 atau Hotline IPD Kluang, 07-776 6822.

GRACE AISYAH KEDAYAN