fb fb fb fb fb

Lelaki maut kereta rempuh pokok

Foto JBPM Perak

MANJUNG, 5 Oktober - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok berhampiran Bangunan Persekutuan Seri Manjung awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihak menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 2.10 pagi.

10 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 21 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada pukul 2.58 pagi.

Trainee2