fb fb fb fb fb

Imigresen Johor hantar pulang 98 PATI pelbagai negara

foto JIM Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 5 Oktober - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor melalui Depot Imigresen Pekan Nenas telah menghantar pulang 98 tahanan warga asing pelbagai negara sepanjang minggu lalu.

Antara yang terlibat 46 warga Indonesia, 32 warga Bangladesh dan sembilan warga Pakistan.

Penghantaran dilakukan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Satu dan Dua, Terminal Feri Stulang Laut, Johor Bahru serta Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam, Perlis. 

Kesemuanya telah dikeluarkan dokumen perjalanan sementara untuk pulang ke negara asal oleh kedutaan negara masing-masing. 

Mereka dihantar pulang selepas menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan termasuk mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kesemua tahanan juga disenarai hitam dalam Sistem Jabatan Imigresen, dan tidak dibenarkan memasuki semula negara ini mengikut tempoh ditetapkan.

Kos bagi tiket penerbangan dan kapal untuk menghantar semua warga asing tersebut, ditanggung sepenuhnya oleh wang simpanan mereka, serta sumbangan daripada ahli keluarga.

Trainee2