fb fb fb fb fb

Lelaki mati ditembak di Puchong Prima miliki 14 rekod jenayah lampau

Anggota polis forensik memeriksa kenderaan di tempat kejadian bagi menyiasat kes tembak di Prima Puchong petang tadi/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Seorang lelaki yang mempunyai tujuh rekod jenayah lampau, ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan polis di Puchong, petang tadi.

Kejadian berlaku di hadapan Apartment Sri Acasia, Taman Puchong Prima.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, selain tujuh rekod jenayah, semakan juga mendapati lelaki itu mempunyai enam rekod jenayah narkotik dan satu rekod dikehendaki.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lain berkaitan insiden itu boleh hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Subang Jaya di talian 03-7862 7222 bagi membantu siasatan.

Beliau turut meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan atau berkongsi video-video berkaitan kejadian itu di media sosial kerana boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI