fb fb fb fb fb

Lelaki ditahan jual air ketum di kedai makan

BALIK PULAU, 5 Januari- Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran air ketum.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, ketika sebuan, polis merampas 37.5 liter air ketum di sebuah kedai makan di Bayan Lepas, di sini, semalam.

Polis membuat intipan dan risikan sejak seminggu lepas sebelum menyerbu premis itu serta menahan lelaki berusia 43 tahun berkenaan.

"Semasa serbuan, lelaki itu sedang menjual air ketum di premis tersebut. Polis merampas sebuah tong yang di dalamnya terdapat enam bungkus plastik hitam dengan setiap bungkus plastik mengandungi 25 bungkusan plastik air ketum.

(Foto fail)

“Keseluruhan air ketum dirampas ialah 150 bungkus yang dianggar sebanyak 37,500 mililiter bernilai lebih RM1,000," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan lelaki berkenaan kini direman empat hari bagi siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Media Baharu