fb fb fb fb fb

Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan penemuan mayat dengan kesan tikaman

Suspek diiringi polis ketika tiba di mahkamah

KOTA BHARU, 16 Julai- Seorang lelaki ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki maut akibat ditikam dengan senjata tajam pada Sabtu lalu.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 47 tahun itu dikeluarkan Majistret Amin Rashidi Ramli.

Suspek ditahan reman sehingga Isnin depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu lelaki berkenaan tiba di Mahkamah Kota Bharu dengan memakai pakaian lokap.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah disyaki akibat ditikam dengan senjata tajam pada Sabtu lalu.

Mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam di kawasan sebuah perhentian bas di Jalan Wakaf Siku Kota Bharu, jam 10 pagi tadi sebaik terdengar suara meminta tolong.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE