fb fb fb fb fb

Hukuman gantung broker tanah bunuh anak tiri kekal

Azman ( tengah) hadir di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, bagi permohonan mengetepikan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya

JOHOR BAHRU, 16 Julai-Hukuman gantung ke atas broker tanah yang membunuh anak tirinya pada 2011 dikekalkan, oleh Mahkamah Persekutuan yang bersidang di sini hari ini.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara memutuskan keputusan itu selepas menolah permohoanan Azman Abd Rahman, 50 tahun  dalam semakan mengetepikan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya. 

Berdasarkan pertuduhan, Azman didakwa membunuh Muhammad Firdaus Mohd Dan, 6 tahun di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Solok Pinang, Gadek Alor Gajah antara jam 10.30 pagi hingga 2.15 petang, 10 Oktober 2011. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. 

Pada 5 Jun 2015 Mahkamah Tinggi Melaka menjatuhkan hukuman mati ke atas Azman dari Alor Gajah, Melaka selepas didapati bersalah membunuh anak tirinya itu.

Pada 7 September 2016 dan 5 Oktober 2017, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan Putrajaya mengekalkan hukuman mati terhadap Azman setelah gagal dalam kedua-dua rayuan tersebut. 

Ia hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa menemukan lebih 72 kesan kecederaan dan pendarahan otot, paru-paru, kepala dan perut berpunca daripada hentakan objek tumpul.

Seramai 13 saksi pendakwaan dan satu saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes berkenaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD