fb fb fb fb fb

Penemuan mayat Farah Kartini, suspek merupakan anggota polis

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris

IPOH, 16 Julai - Polis mengesahkan lelaki yang direman selama seminggu berhubung siasatan kes penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah merupakan anggota polis yang bertugas di Balai Polis Slim River.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata Lans Koperal berusia 26 tahun itu telah berkhidmat selama lima tahun.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Saya sangat berbangga dengan tindakan diambil Ketua Polis Daerah (OCPD) Muallim bila mendapati berlakunya kehilangan tersebut. Dia (OCPD) telah mengedarkan melalui media massa, war-warkan supaya mengesan penama berkenaan melalui media sosial dan media cetak, jadi tindakan diambil OCPD itu berkesan dan dia terus melakukan siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Perak antara Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri di Mes Pegawai Kanan Perak, di sini.

BERITA BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN