fb fb fb fb fb

Kru kapal ditemukan tidak bernyawa dalam bilik hotel

FOTO HIASAN

KUCHING, 6 Februari- Seorang lelaki warga tempatan berusia 50-an disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan di dalam sebuah bilik hotel di Miri Sarawak, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu menerusi satu kenyataan memaklumkan, mangsa merupakan seorang kru kapal yang berasal dari Kelantan dan menginap di hotel tersebut bersama empat rakan setugasnya.

"Sejurus menerima laporan, polis telah ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat.

"Mangsa disahkan telah meninggal di tempat kejadian oleh seorang pegawai perubatan dari Hospital Miri," katanya dalam kenyataan tersebut.

Alexson berkata kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Miri untuk proses bedah siasat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE