fb fb fb fb fb

KPDN Sarawak sita diesel diseleweng hampir RM1 juta

FOTO KPDN SARAWAK

KUCHING, 12 Februari- Sebuah kapal berisi diesel bersubsidi bernilai RM924,500 yang cuba diselewengkan disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak di kawasan Laut Barrange, Sungai Sarawak, semalam.

Pengarahnya, Matthew Dominic Barin berkata, sitaan itu hasil daripada serahan kes yang dijalankan oleh Pasukan Marin Polis Wilayah 5 pada pukul 10.30 pagi.

"Hasil pemeriksaan polis menjumpai minyak diesel anggaran 430,000 liter dalam kapal terbabit. Seorang warga Myanmar antara dua yang ditahan dalam serbuan berkenaan.

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961,"katanya.

Jelas Matthew, jumlah keseluruhan rampasan terbabit dianggarkan RM5 juta.

Menurutnya, setakat Disember tahun lepas, KPDN Sarawak telah merekodkan sejumlah 121 kes melibatkan rampasan diesel dengan nilai mencecah RM7 juta.

1202 KPDN SARAWAK 2FOTO KPDN SARAWAK

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE