fb fb fb fb fb

Kibar bendera negara asing di Sentosa, polis sahkan terima laporan

Foto Tular

JOHOR BAHRU, 29 Oktober-Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian pengibaran bendera negara asing di kawasan Sentosa, di sini semalam oleh sekumpulan individu, semasa upacara perarakan keagamaan peringkat antarabangsa pada 20 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata pihaknya juga menerima satu video tular di media sosial memaparkan kejadian itu yang menghimpunkan penganut agama lebih dari 10 buah negara.

Ia dianjurkan oleh sebuah persatuan kebudayaan.

Polis akan memanggil penganjur terlibat dan saksi bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD