fb fb fb fb fb

Kes pengeluaran haram: MBSB Bank beri kerjasama

Foto /themalaysianreserve.com

KUALA LUMPUR, 24 Jun- MBSB bank akan bekerjasama dengan pihak berkuasa terutamanya polis secepat mungkin untuk menyelesaikan kes pengeluaran haram yang berlaku di kota Kinabalu.

MBSB bank dalam satu kenyataan berkata semakan dalaman yang menyeluruh telah dilakukan pihaknya dalam usaha membantu siasatan polis.

“Keutamaan kami ialah keselamatan dan kepercayaan pelanggan kami. Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan pesalah dibawa ke muka pengadilan.

“Kesemua wang yang dikeluarkan secara haram telah dibayar balik kepada pemilik akaun yang terjejas,”menurut kenyataan berkenaan pada Isnin.

Jelasnya, insiden tersebut melibatkan sindiket yang bersekongkol dengan segelintir kakitangan MBSB bank yang melakukan transaksi pengeluaran wang menggunakan kad pengenalan palsu.

“MBSB Bank komited untuk mengekalkan integriti keselamatan perbankan untuk semua pelanggan kami.

“Kami juga akan terus bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan mereka yang terlibat menerima balasan setimpal.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD