fb fb fb fb fb

Kes kematian OKT diklasifikasi SDR

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) serta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah menjalankan siasatan terhadap laporan polis mengenai kes kematian orang kena tahan (OKT) pada 4 Mei lalu.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat gantung diri.

"Setakat ini, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), dan USJKT serta JIPS akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner," katanya menerusi kenyataan.

Kes berkenaan telah dirujuk kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) selaras dengan Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (Akta 839).

Lelaki berkenaan ditahan pada 1 Mei lalu selepas dia dipercayai menunggang motosikal curi.

Kes itu telah disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif morfin.

OKT itu kemudian telah direman selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Mei di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan.

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM