fb fb fb fb fb

Kes kehilangan bahan api, enam suspek dibebaskan dengan jaminan polis

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR, 24 Julai- Enam suspek yang ditahan berhubung kes kehilangan bahan api jenis kerosin JET-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu yang berlaku pada 15 Julai lalu.

"PDRM sedang menunggu beberapa laporan daripada pihak bank sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya dalam masa terdekat," katanya.

Mengenai penahanan tiga anggota polis, Hussein berkata siasatan dalaman sedang dijalankan oleh Pasukan Gerakan Udara Polis serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

Pada 18 Julai lepas, Hussein berkata enam suspek termasuk tiga anggota polis ditahan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan bahan api berkenaan pada 15 Julai.

Enam lelaki berumur antara 31 dan 55 tahun termasuk tiga anggota polis sehari kemudian.

Berdasarkan laporan polis yang diterima, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor telah membuka satu kertas siasatan di Bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah jenayah.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI