fb fb fb fb fb

Kes edar dadah, peniaga terlepas hukuman mati

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sariza Ismail manakala tertuduh diwakili peguam, K.Mahendran.

BUTTERWORTH, 1 April- Seorang peniaga dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Butterworth atas pertuduhan mengedar dadah enam tahun lalu.

Tertuduh, Lim Chon Kuang dibebaskan selepas pihak pendakwaaan gagal membuktikan kes prima facie di hadapan Hakim, Fathiyah Idris.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis monoacetylmorphines seberat 185.71 gram di hadapan syarikat SY Online Venture Sdn Bhd, Jalan Idaman, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan pada pukul 9.00 pagi, 29 November 2018.

Kes didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sariza Ismail manakala tertuduh diwakili Peguam, K.Mahendran.

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM