fb fb fb fb fb

Polis buru suspek terlibat kes buli remaja di Ulu Tiram

Polis sedang memburu beberapa suspek yang terlibat dalam kes buli seorang remaja lelaki di tepi padang bola, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, di sini pada 14 Mei tahun lalu / Foto video tular

JOHOR BAHRU, 2 April - Polis sedang memburu beberapa suspek yang terlibat dalam kes buli seorang remaja lelaki di tepi padang bola, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, di sini pada 14 Mei tahun lalu. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata pihaknya telah mengesan dua hantaran video tular di media sosial yang memaparkan kejadian remaja tersebut dibuli oleh beberapa individu pada Isnin.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati kejadian berlaku pada pukul 2 petang, 14 Mei 2023 dan mangsa juga telah tampil membuat laporan pada hari yang sama.

"Mangsa merupakan remaja lelaki berusia 17 tahun dan menyatakan telah dipukul oleh beberapa individu tidak dikenali. Kejadian berpunca akibat tidak puas hati, selepas terdapat perselisihan faham serta ejek megejek antara satu sama lain semasa beriadah di tempat kejadian," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Raub, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak menerima sebarang rawatan di Hospital. 

Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN