fb fb fb fb fb

Kes bunuh: Polis tinjau semula lokasi kejadian di Taman OUG

Lokasi insiden kes bunuh melibatkan seorang wanita di sebuah rumah di Taman OUG, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 14 November- Polis Diraja Malaysia (PDRM) meninjau semula lokasi insiden kes bunuh melibatkan seorang wanita di sebuah rumah di Taman OUG, Kuala Lumpur, pada Mac 2021.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, tinjauan itu adalah prosedur biasa dalam siasatan kes bunuh.

Bagaimanapun, beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu, tampil membantu siasatan. Pada masa sama, masyarakat disaran tidak membuat sebarang spekulasi untuk menjaga maruah keluarga mangsa.

Sebelum ini, mayat seorang wanita yang dipercayai disimpan dalam peti sejuk beku ditemukan selepas dibunuh dipercayai dilakukan anaknya sendiri.

Perbuatan itu terbongkar pada Selasa lalu, selepas suspek disyaki anak mangsa, membuat panggilan kecemasan selepas mendakwa mengalami masalah kesihatan kronik.

Susulan itu, polis menahan anak lelaki mangsa berusia 53 tahun untuk menyiasat semula kes pembunuhan berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

ROSLINA BINTI DIN