SUNGAI PETANI, 14 November - Empat lelaki termasuk penjawat awam berusia 32 hingga 52 tahun ditahan berkaitan kes samun menggunakan senjata api sebuah kedai menjual peralatan memancing di Jalan Lencongan Barat, di sini,10 November lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya berjaya merampas pelbagai peralatan memancing ,wang tunai dan dadah jenis ketulan mampat disyaki ganja seberat 70.31 gram.
Tambahnya dua orang suspek termasuk penjawat awam tidak mempunyai sebarang rekod jenayah manakala dua lagi suspek masing-masing mempunyai rekod jenayah dan dadah.
"Pada pukul 11.27 pagi 10 november lepas, bilik gerakan ibu pejabat polis daerah Kuala Muda menerima panggilan telefon daripada perempuan cina memaklumkan mengenai kejadian samun menggunakan senjata api di sebuah kedai memancing di jalan lencongan barat di sungai petani.
"Hasil soal siasat salah seorang suspek telah mendedahkan tempat penyimpanan senjata api. Apabila pihak polis membuat pemeriksaan di sebuah bengkel kereta di Kampung Teluk Wang Besar telah menjumpai sepucuk pistol jenis revolver bersaiz explosive no 4," katanya pada sidang media di sini.
Kesemua suspek ditahan selama tujuh hari bermula pada hari tangkapan sehingga 17 November ini.
Kes disiasat dibawah seksyen 395/ 397 kanun keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan serta seksyen 8 akta senjata api (penalti lebih berat) 1971 dan seksyen 8 akta bahan letupan 1957 dan 39 A (2 ) akta berbahaya 1952 dan seksyen 15 (1) (a) Akta Berbahaya 1952 .
Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara selama 20 tahun dan sebatan.