KUALA KUBU BAHRU, 30 Ogos - Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru menetapkan 7 Oktober sebagai tarikh untuk serahan laporan kimia dan hasil bedah siasat berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah.
Keputusan tersebut dibuat Majistret Nurul Izzah Hasan Bakri selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya bahawa kedua-dua laporan tersebut masih belum disiapkan.
Peguam yang mewakili tertuduh, Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, turut mengesahkan perkara itu kepada mahkamah.
Pada 26 Julai lalu, anggota polis tersebut didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini di ladang kelapa sawit di SKC Kledang, Hulu Bernam.