fb fb fb fb fb

Kes bunuh: Lapan lelaki warga asing ditahan di Selangor

Lokasi mangsa dipercayai dipukul hingga parah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Cyberjaya

SEPANG, 14 Julai- Polis menahan seramai lapan lelaki warga asing berusia antara 30 hingga 40 tahun di sekitar Selangor untuk siasatan kes bunuh seorang lelaki warga asing, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP), Wan Kamarul Azran Wan Yusof, pihaknya pada Jumaat lepas menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan di Hospital Cyberjaya memaklumkan mangsa berumur 30 tahun telah dihantar ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut pengadu, hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami pendarahan di bahagian kepala dan tangan.

"Bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota polis dari bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang telah melakukan tangkapan ke atas lapan lelaki bukan warganegara Malaysia berusia antara 30 tahun hingga 45 tahun di kawasan Kampung Pulau Meranti, Puchong dan Kampung Baru, Sungai Buloh.

"Polis telah berjaya menemui sebatang kayu yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Kamarul berkata, satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit dengan kesalahan.

SITI AISHAH MD ISA