fb fb fb fb fb

Kes bom ikan Sungai Singgor, dua lelaki dipanggil Polis bantu siasatan

Foto Hiasan/Foto RTM

BAGAN SERAI, 20 April - Dua lelaki telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengeboman ikan di Sungai Singgor, Hutan Simpan Temengor di Gerik, Hulu Perak baru-baru ini.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain berkata, beberapa lagi individu lain juga sedang dikesan sebelum dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Kita telah berjumpa dengan pihak-pihak yang terlibat dan kita telah membuka kertas siasatan kita telah merujuk kertas siasatan kita kepada penasihat undang-undang Negeri Perak dan Jabatan Peguam Negara.

"Cuma kita dinasihatkan oleh Pejabat peguam negara untuk melengkapkan kertas siasatan. Jadi,sekarang ini kita masih lagi berusaha untuk melengkapkan siasatan dan apabila siasatan lengkap seperti yang telah diarahkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara kita akan rujuk semula kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya", ujar Adnan ketika ditemui media pada program Ramah Mesra dan Pelepasan Induk Ikan Kelisa di Jeti Jabatan Pengiran dan Saliran (JPS) di Kampung Tepi Kolam, Tasik Bukit Merah, Gunong Semanggol, di sini.

Pada program itu, sebanyak 100 ekor induk ikan Kelisa Emas dilepaskan secara berperingkat sejak 17 April lalu di Tasik Bukit Merah dengan melibatkan kos RM150,000

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD