fb fb fb fb fb

MAQIS Kedah rampas 2,820 kilogram ayam sejuk beku

FOTO RTM

BUKIT KAYU HITAM, 20 April - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah merampas 2,820 kilogram keratan ayam sejuk beku bernilai lebih RM22,000 di pintu masuk Bukit Kayu Hitam, pada Isnin lalu.

Pengarah MAQIS Kedah, Hisham Abu Bakar berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan, sebanyak 235 kotak keratan ayam sejuk beku yang diisytiharkan adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Ini kerana, ia mempunyai tarikh luput yang berlainan dengan sijil halal yang diisytiharkan.

Jelas Hisham, kesemua barangan tersebut dirampas untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tidak melebihi enam tahun dan denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.
 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD