KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Polis Selangor mengesahkan siasatan berhubung kes melibatkan anak kepada Ahli Pandan Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli, kini diambil alih Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Menurut kenyataan Polis Selangor, penyerahan kes itu dibuat bagi memastikan siasatan lebih menyeluruh dan berpusat.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta untuk menyalurkannya ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," menurut kenyataan itu.
Polis turut menegaskan bahawa kerjasama masyarakat amat dihargai bagi menjamin keadilan dan ketelusan dalam proses siasatan.