fb fb fb fb fb

Keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund pagi ini

KUALA LUMPUR, 21 Jun - Nasib Samirah Muzaffar dan dua remaja akan diketahui hari ini sama ada mereka akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, empat tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman dijangka membacakan keputusan pada akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi ini.

Sekiranya keputusan mahkamah berpihak kepada pendakwaan, iaitu mahkamah mendapati terdapat kes prima facie terhadap Samirah, 47, dan dua remaja yang kini berusia 19, dan 16 tahun, mereka akan dipanggil untuk membela diri, namun jika keputusan sebaliknya, ketiga-tiga mereka akan dilepas dan dibebaskan.


(Keputusan kes bunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan di Mahkamah Shah Alam hari ini)

Samirah, serta dua remaja lelaki yang ketika itu berusia 15 dan 11 tahun dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 45, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Pada 14 Feb lepas, pihak pendakwaan menutup kes mereka selepas memanggil 57 saksi termasuk abang dan kakak si mati, Dr Abdul Aziz, Dr Malek Reedzwan dan Che Elainee; Pengarah Jabatan Bomba Kuala Lumpur Edwin Galan Anak Teruki; Pegawai Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng; Dr Prashant Sanberker serta pengawal keselamatan kediaman si mati Raju Kumar Pandit.

Perbicaraan kes Samirah yang didakwa membunuh suaminya itu bermula pada 6 Sept 2019.
 

Media Baharu