fb fb fb fb fb

Kenyataan hina institusi diraja, Tony Pua dipanggil esok- KPN

TONY PUA

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Polis Diraja Malaysia (PDRM ) mengesahkan menerima laporan polis berhubung kenyataan Tony Pua menghina institusi diraja .

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, hantaran bekas Setiausaha Publisiti DAP, yang telah dimuat naik di media sosial itu menghina KDYMM Sultan Pahang berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak bermotifkan menghasut orang ramai membenci dan menghina institusi diraja.

Beliau berkata, Tony Pua juga akan dipanggil bagi membantu siasatan pada esok 5 Februari 2024 (Isnin) pukul 1 tengah hari di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman

Kes masih lagi di dalam siasatan dan orang ramai di nasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga boleh mengganggu proses siasatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE