fb fb fb fb fb

Kemuka tuntutan palsu dana penjana, bekas pengarah syarikat didenda RM21,000

Seorang daripada dua pengarah sebuah syarikat didenda RM21,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas empat tuduhan mengemukakan tuntutan palsu dana penjana, tiga tahun lalu

JOHOR BAHRU, 10 Julai - Seorang daripada dua pengarah sebuah syarikat didenda RM21,000 selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan mengemukakan tuntutan palsu dana penjana, tiga tahun lalu.

Tertuduh, P Poowesna, 36 membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail dan boleh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda tersebut.

Seorang lagi tertuduh yang juga bekas pemimpin muda sebuah parti politik negeri Johor, A Mohana Sundharam, 35 tahun tidak hadir ke mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa dengan niat mengemukakan dokumen palsu menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 melibatkan 10 penama kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjumlah RM62,120.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta yang sama.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN