fb fb fb fb fb

Kelar bayi: Polis ambil keterangan enam individu bantu siasatan

Ketua Polis Johor, CP M Kumar

JOHOR BAHRU, 19 Mac - Polis telah mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dikelar ibunya, di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Johor, CP M Kumar berkata individu tersebut termasuk suami, ahli keluarga dan jiran yang telah memberikan kerjasama baik.

Suspek berusia 32 tahun itu, kini ditempatkan di Hospital Permai, Tampoi sepanjang tempoh reman, untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan.

"Siasatan awal mendapati memang ada rekod kesihatan tetapi kita masih menunggu laporan dari pihak hospital lagi," katanya pada sidang media selepas meninjau Tapak Bazar Ramadan Plaza Angsana, di sini. hari ini.

Tambah Kumar, motif kes tersebut masih dalam siasatan.

Wanita tersebut direman tujuh hari di Hospital Permai, di sini bagi membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN