fb fb fb fb fb

KDN rampas 19,924 alat mainan seks, penerbitan bernilai RM1.2 juta

etiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Nik Yusaimi Yussof menunjukkan sebahagian penerbitan berunsur jelek dan alat permainan seks dalam sidang media di Putrajaya/Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 3 Julai - Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya merampas 19,924 pelbagai jenis alat mainan seks, hasil penerbitan dan mesin cetak tanpa lesen dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1.2 juta menerusi Ops Cetak antara 1 hingga 14 Jun lalu.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK KDN) Nik Yusaimi Yusoff berkata, rampasan tersebut merupakan hasil daripada risikan dan intipan yang dijalankan oleh anggota penguat kuasa secara dalam talian serta premis perniagaan, simpanan dan jualan.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 15,602 unit adalah merupakan alat mainan seks yang disita dengan nilai kira-kira RM540,000 di empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Kedah.

"Sepanjang tempoh Ops Cetak itu dijalankan, pemeriksaan telah dilakukan ke atas 1,759 premis seluruh negara dan sebanyak 119 kertas siasatan telah dibuka.

"Seramai 50 individu membabitkan 47 lelaki dan tiga wanita serta seorang warga asing berusia antara 20 hingga 90 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"KDN juga mengambil tindakan terhadap dua premis mencetak haram di Seri Kembangan dan Klang, Selangor serta menjumpai plat cetakan komik seks di sebuah premis di Seri Kembangan," katanya pada sidang media di KDN, di sini, hari ini.

Nik Yusaimi berkata, dalam ops ini juga, seorang individu di Teluk Panglima Garang, Banting ditahan kali kedua kerana menjual alat mainan seks dan pernah dikenakan denda RM5,000.

"Aktiviti penjualan dan pengedaran ini deksan semakin meningkat di dalam talian dan dijual secara terbuka di premis-premis perniagaan.

"Segala aktiviti berkaitan mengimport, menghasilkan, mempamer, menyewa, menyimpan, memiliki, mengiklan, menawarkan mahupun menghantar hasil penerbitan seperti ini hendaklah disertakan serta-merta bagi mengelakkan kesan yang mudarat kepada masyarkat di negara ini," katanya.

Katanya, individu yang terbabit aktiviti ini boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN