fb fb fb fb fb

Kastam Pulau Pinang tumpaskan sindiket dadah, 52kg ganja dirampas

FOTO RTM

PERAI, 24 Julai – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah dengan rampasan bernilai lebih RM5.1 juta di susur keluar Tol Sungai Petani Selatan, Lebuhraya Utara-Selatan pada 29 Jun lalu.

Pengarah Kastam Negeri, Rohaizad Ali, berkata bertindak atas maklumat risikan, pihaknya menahan sebuah kenderaan yang dipandu dua lelaki tempatan berusia 30-an.

“Pemeriksaan menemui tiga guni berisi 49 ketulan mampat disyaki dadah jenis bunga ganja dengan berat dianggarkan 52.047 kilogram dan bernilai RM5.1 juta.

"Modus operandi sindiket adalah menyembunyikan dadah berbahaya itu dalam kenderaan biasa bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di Kompleks Pencegahan Kastam Negeri, hari ini.

Beliau berkata, dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran di kawasan selatan tanah air.

Kes disiasat mengikut bawah Seksyen 32B Akta Dadah Berbahaya 1952.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE