fb fb fb fb fb

Kastam Kelantan rampas pelbagai barangan kosmetik lebih RM25,000

Pelbagai produk kosmetik yang dirampas JKDM Kelantan

PENGKALAN KUBOR, 24 November- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan barangan kosmetik dari negara jiran bernilai RM25,652 termasuk cukai.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, sitaan terhadap 64 jenis produk kosmetik pada 6 November lalu, hasil intipan Pasukan Marin Kastam Penguatkuasaan Pengkalan Kubor.
 
"Pasukan melakukan intipan dan membuat serbuan di Pengkalan Haram Haji Rashid, Kebun, Pengkalan Kubor, Tumpat yang dijadikan sebagai tempat pemunggahan barangan kosmetik berkenaan.
 
"Anggaran nilai rampasan barangan kosmetik pelbagai jenis yang diseludup adalah RM24,417dan anggaran cukai sebanyak RM1,235", katanya menerusi kenyataan.
 
Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pemilik dagangan yang telah dirampas.
 
Modus operandi yang digunakan adalah menyeludup barangan kosmetik dari negara jiran menggunakan bot melalui pengkalan haram sebelum disimpan di stor untuk dijual di pasaran tempatan.
 
Kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

"Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang dari sepuluh (10) kali nilai barang atau RM50,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari dua puluh (20) kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama", katanya.

ROSLINA BINTI DIN