fb fb fb fb fb

Isteri Tun Daim gagal dapatkan pasport secara kekal

Toh Puan Na'imah Abdul Khalid ketika tiba di mahkamah

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid gagal untuk mendapatkan kembali pasport antarabangsanya secara kekal.

Sebelum itu, Na’imah membuat permohonan menyemak semula perintah Mahkamah Sesyen yang menahan pasport beliau.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache menolak permohonan Na’imah dengan menyatakan tindakan Hakim Mahkamah Sesyen sah wajar dan tidak terdapat ketidakadilan yang berlaku.

Beliau yang berusia 66 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan gagal mematuhi notis mengisytiharkan hartanya termasuk Menara Ilham, serta beberapa aset lain di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Sebelum itu, Hakim Azura Alwi membenarkan Na'imah diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan beliau untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE