fb fb fb fb fb

Imigresen Johor gagalkan sindiket pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara

(FOTO FB JIM JOHOR)

JOHOR BAHRU, 8 Oktober - Satu Sindiket pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan khidmat pendaftaran program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 kepada warga asing yang didalangi warga Bangladesh digagalkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata ia menerusi hasil risikan Unit Tindakan dan Operasi yang menyerbu sebuah premis di Gelang Patah, di sini pada pukul 4.50 petang Khamis lalu.

Katanya, tangkapan melibatkan enam lelaki warga Bangladesh dan Nepal.

(FOTO FB JIM JOHOR)

"Modus operandi dipercayai dilakukan seorang warga Bangladesh yang memalsukan dokumen perjalanan, tiket penerbangan, E-visa dan khidmat pendaftaran Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 serta Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sejak setahun lalu dengan mengaut keuntungan sehingga puluhan ribu ringgit. 

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan telah merampas empat pasport India, satu unit komputer meja, satu unit mesin pencetak, enam telefon bimbit, satu set salinan dokumen perjalanan dan permit yang disyaki palsu serta wang tunai RM320," katanya menerusi kenyataan.

Baharuddin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 55D,Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen 1959/63, dan Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155 ) kerana melindungi warga asing.

Media Baharu