fb fb fb fb fb

Guru dipercayai perdagang wanita digantung tugas

Seorang guru antara dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dakwaan memperdagangkan seorang wanita di sebuah kondominium pada 11 Mac lalu

KUALA TERENGGANU, 26 Mac - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengesahkan telah mengambil tindakan ke atas seorang guru lelaki dengan menggantung tugas buat sementara waktu selepas didakwa memperdagangkan seorang wanita di sebuah kondominium mewah di daerah ini.

Pengarahnya, Jelani Sulong berkata tindakan itu bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan ke atas guru berkenaan selagi tidak disabitkan bersalah di mahkamah.

"Baru-baru ini juga individu itu telah dituduh di mahkamah namun dia tidak mengaku bersalah selain mahkamah menetapkan 31 Mac depan depan bagi sebutan semula kes tersebut.

"Kita di peringkat jabatan menunggu dahulu keputusan daripada mahkamah. Tindakan tatatertib akan menyusul," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas pengumuman Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan seorang guru antara dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dakwaan memperdagangkan seorang wanita di sebuah kondominium di negeri ini pada 11 Mac lalu.

Tertuduh, Mohd Hasfyanizam Mansor, 48 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan itu.

GRACE AISYAH KEDAYAN