fb fb fb fb fb

Gagal hadir ke mahkamah, waran tangkap dikeluarkan kepada pengarah syarikat telekomunikasi

Foto hiasan

SHAH ALAM, 28 Februari- Mahkamah Sesyen Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap pengarah sebuah syarikat telekomunikasi kerana gagal hadir bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes penipuan hari ini.

Perintah tersebut dikeluarkan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud selepas pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Zahida Muhammad Ruzi memohon satu waran tangkap ke atas tertuduh yang berusia 45 tahun.

Terdahulu, peguam tertuduh, Asmawi Ismail memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya diberikan cuti sakit selama tiga hari kerana masalah kesihatan.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, kemudian menetapkan 6 Mac depan bagi tarikh baharu pendakwaan.

Tertuduh juga berdepan dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes penipuan berjumlah RM250,000 pada tahun 2021.

Siasatan sebelum ini dikatakan dilakukan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM iaitu menerima suapan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI