fb fb fb fb fb

Empat PATI ditahan dalam Ops Kesan

Empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan awal pagi tadi berdekatan Jambatan Kuala Pegang, Baling

BALING, 15 April- Empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan awal pagi tadi berdekatan Jambatan Kuala Pegang, di sini.

Polis mengejar suspek sejauh 70 kilometer dari Gerik, Perak.

Bagaimanapun dua suspek lelaki warga tempatan iaitu pemandu dan penumpang hadapan melarikan diri akibat kenderaan yang dipandu laju terbabas setelah lima das tembakan dilepaskan dalam kejadian kira-kira pukul 4.00 pagi itu.

Namun salah seorang suspek berjaya ditahan dalam Ops Kesan itu kira-kira pukul 3.00 petang tadi di stesen bas Gerik.

Ketua Polis Daerah Baling Superintenden Shamsudin Mamat dalam kenyataan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.00 pagi itu, polis melepaskan dua das tembakan ke arah bonet kereta.

Kedua-dua suspek disyaki berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan Gerik pada awal kejadian sebelum melarikan diri dari sekatan jalan raya Sungai Lebey.

Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik segera bertindak dengan melaksanakan operasi mengesan.

Kenderaan suspek akhirnya dikesan di sebuah stesen minyak Kuala Rui, Gerik namun sekali lagi bertindak melarikan diri sehingga ke daerah Baling sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Unit MPV Gerik turut memberikan amaran kepada kenderaan suspek melalui alat perhubungan spektrum sebanyak tiga kali serta melepaskan tembakan amaran ke arah tayar kenderaan suspek.

Kesemua PATI terdiri daripada seorang lelaki dan tiga perempuan berusia lingkungan 23 hingga 39 tahun dipercayai dibawa masuk melalui Kelantan dan didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau perjalanan yang sah.

Polis kini memburu suspek berusia lingkungan 30-an.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan turut disiasat bawah Seksyen 26 A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (APTIPSOM) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) Tinggal di Malaysia tanpa pas/permit yang sah.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI