fb fb fb fb fb

Empat lelaki ditahan, curi paip saluran kabel elektrik TNB

FOTO FAIL

JOHOR BAHRU, 9 Ogos - Polis Johor menahan empat lelaki di sini dan Kulai kelmarin, dipercayai terbabit kes mencuri 365 batang paip saluran kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Tanah Lapang Tepi Jalan Dato Onn, Johor Bahru pada bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner (ACP) Raub Selamat dalam kenyataan berkata, kecurian tersebut menyebabkan sebuah syarikat telekomunikasi mengalami kerugian sebanyak RM234,000.

"Susulan tangkapan suspek, polis telah menyerbu sebuah premis di Kawasan Perindustrian Indahpura, Kulai dan merampas 228 batang paip saluran kabel yang sama beserta sebuah lori.

"Kesemua suspek berusia 33 hingga 57 tahun direman hingga 10 Ogos bagi membantu siasatan, " kata Raub Selamat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

TETITIA YUSOFF